Peranan Pihak Sekolah
Salah satu langkah untuk melahirkan insan yang bekualiti ialah melalui peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah .Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk melahirkan insan yang bekualiti .Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi sesebuah sekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Setiap tahun ,ada sahaja hasil-hasil baru bersaskan sekolah-sekolah yang ditubuhkan. Sebagai contoh, penubuhan penubuhan sekolah primier yang menjadi kebanggaan kepada negara kerana kecermelangannya dan penubuhansekolah kluster yang bertujuan untuk mengembangkan potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan.
NUR ALYANI BINTI ADNAN 204693
KESIMPULAN
Secara umumnya,masyarakat sudah menyedari bahawa sistem pendidikan negara merupakan elemen terpenting dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti. Berbekalkan tenaga pendidik sebagai aset utama,satu demi satu kejayaan telah berjaya dicapai. Hal ini telah menjadi bukti bahawa sistem pendidikan kita bukanlah satu sistem yang lapuk atau ketinggalan zaman. Segala dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan menjadi panduan dan sandaran bagi tenaga pendidik dalam memberikan komitmen yang sepenuhnya. Jika kita mengambil contoh sistem pendidikan dari negara luar seperti Amerika,sistem pendidikan mereka hanya menekankan aspek akademik semata-mata berbanding sistem pendidikan kita yang menekankan dua aspek iaitu didikan akademik dan sahsiah. Tanpa adanya didikan sahsiah yang secukupnya,modal insan yang mantap tidak akan dapat dihasilkan. Hal ini demikian kerana pelajar yang hanya didedahkan dengan didikan akademik mudah terpengaruh dengan masalah sosial yang semakin menular dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi pada era globalisasi yang melanda dunia pada masa ini.Oleh itu,kita seharusnya yakin bahawa sistem pendidikan negara kita mampu mencanang golongan pelajar ke arah menjadi modal insan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
NIK MOHD HARIS 204625
adakah matlamat pendidikan dalam negara kita dah berjaya mncapai target???
BalasPadamrazif
BalasPadam205234
bagi saya kerajaan masih lagi dalam usaha untuk meningkatkan mutu pendidika negara.dengan menaik taraf sekolah dan meningkatkan kemahiran guru,saya yakin matlamat untuk menjadikan negara kita cemerlang dari segi pendidikan akan berjaya.