Memantapkan aktiviti ko-kurikulum
Memantapkan sistem pendidikan sehingga dapat melahirkan insan yang berkualiti adalah melalui pemantapan aktiviti ko-kurikulum. Aktiviti ko-kurikulum ini seharusnya dilaksanakan dengan penuh teliti agar dapat menjadi pemangkin kepada para pelajar supaya dapat berdikari. Pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada ketika itu di bawah pimpinan Dato Seri Hishamudin Tun Hussien telah memutuskan 10 peratus penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum menjadi syarat kemasukan ke IPTA mahupun sekolah berasrama penuh. Impak daripada pemantapan aktiviti ko-kurikulum dalam sistem pendidikan ini , masalah sosial dapat dapat dikurangkan dan nilai-nilai murni dalam diri dapat pelajar dapat ditingkatkan sehingga dapat membawa kepada lahirnya seseorang insan yang berkualiti. Hal ini kerana melalui aktiviti ko-kurikulum seseorang pelajar itu dapat melatih dirinya supaya lebih berdisiplin, menepati masa, mematuhi arahan dan mengamalkan sifat-sifat yang baik .Hal ini seterusnya dapat melahirkan insan yang berkualiti kepada nusa ,bangsa dan negara.Tuntasnya, pemantapan aktiviti kokurikulum dalam sistem pendidikan dapat melahirkan insan yang berkualiti.
NURUL FIDTRIYAH BINTI ABD MALIK 204671
wan ahmad kamal b harun
BalasPadam204733
kumpulan c7
zufarzaharim.blogspot.com
saya rasa fakta ini benar kerana untuk mendisiplinkan seseorang hanya melalui aktiviti ko-korikulum kerana akan memupuk sikap yang lebih baik.seterusnya akan menjadikan insan itu cemerlang dari segi enepati masa,dan lain-lain lagi.