Rabu, 21 Julai 2010
KONKLUSI
Secara umumnya,masyarakat sudah menyedari bahawa sistem pendidikan negara merupakan elemen terpenting dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti. Berbekalkan tenaga pendidik sebagai aset utama,satu demi satu kejayaan telah berjaya dicapai. Hal ini telah menjadi bukti bahawa sistem pendidikan kita bukanlah satu sistem yang lapuk atau ketinggalan zaman. Segala dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan menjadi panduan dan sandaran bagi tenaga pendidik dalam memberikan komitmen yang sepenuhnya. Jika kita mengambil contoh sistem pendidikan dari negara luar seperti Amerika,sistem pendidikan mereka hanya menekankan aspek akademik semata-mata berbanding sistem pendidikan kita yang menekankan dua aspek iaitu didikan akademik dan sahsiah. Tanpa adanya didikan sahsiah yang secukupnya,modal insan yang mantap tidak akan dapat dihasilkan. Hal ini demikian kerana pelajar yang hanya didedahkan dengan didikan akademik mudah terpengaruh dengan masalah sosial yang semakin menular dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi pada era globalisasi yang melanda dunia pada masa ini.Oleh itu,kita seharusnya yakin bahawa sistem pendidikan negara kita mampu mencanang golongan pelajar ke arah menjadi modal insan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Langgan:
Catatan (Atom)